Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Malaysia


Globalisasi Memperkaya Budaya

Oleh: Noor Amin bin Ahmad
17 Mac 2009

Istilah globalisasi selama ini banyak merujuk kepada maksud dunia tanpa sempadan di mana ia dijelmakan melalui revolusi maklumat dengan kewujudan teknologi internet khususnya. Dalam banyak wacana, globalisasi sering dipersalahkan kerana ia kononnya menghakis nilai budaya masyarakat. Saya beranggapan tuduhan ini bersifat separuh masak.

Hayati semangat ASEAN dalam menghadapi krisis ekonomi.

Oleh: Wan Fadzrul Wan Bahrum dan Wan Saiful Wan Jan

2 Mac 2009: Persidangan ASEAN ke-14 di Thailand yang baru tamat pada 1 Mac lalu sepakat memutuskan bahawa negara-negara ASEAN perlu memastikan pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan tenaga manusia di rantau ini. Para pemimpin ASEAN menyatakan komitmen mereka menentang perlindungan dan sekatan perdagangan, serta mengurangkan campurtangan kerajaan dalam sistem pasaran. Sistem pasaran yang lebih liberal akan diperkukuhkan sebagai teras pembangunan ekonomi serantau.

Kajian Antarabangsa Pemilikan Harta: Malaysia di tempat ke-36

24 Februari 2009

Kuala Lumpur: Satu kajian antarabangsa yang dilancarkan oleh Malaysia Think Tank hari ini menunjukkan bahawa negara-negara yang melindungi hak pemilikan harta fisikal dan intelektual menikmati KDNK per kapita yang hampir sembilan kali lebih tinggi daripada negara-negara yang tidak menjaga hak pemilikan.

Perak: akan hilangkah peluang keemasan?

oleh Wan Saiful Wan Jan

5 Februari 2009: Apa yang berlaku di Perak merupakan petanda awal bahawa peluang keemasan untuk memperkukuh dan memperkasa institusi pembangkang mungkin akan hilang. Apa tidaknya. Semua ahli politik hanya memikirkan bagaimana untuk berkuasa, tanpa mahu menjadi pembangkang yang efektif. Bagi Barisan Nasional, pertukaran kerajaan negeri Perak ialah kemuncak kegagalan mereka untuk mencipta budaya pembangkang yang sihat.

Bola Sepak Malaysia Boleh Dimajukan

Kemerosotan prestasi bola sepak Malaysia dibincangkan sekali lagi. Selepas beberapa waktu, pasukan bola sepak kebangsaan ternyata tidak menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Justeru, sasaran Malaysia untuk berjaya buat kali pertama melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia pada tahun 2018 dipandang sinis oleh banyak pihak. Kedudukan semasa pasukan Malaysia di tangga ke-158 dalam ranking FIFA tentu saja memalukan kita apatah lagi melihat kepada prasarana yang gah di mata dunia.

Perpaduan di Malaysia

WauBebas.Org dengan kerjasama YCM akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama Tan Sri Prof. Khoo Khay Kim, ahli akademik dan juga pakar sejarah terkenal di negara ini. Beliau akan berkongsi pandangan berkaitan Perpaduan di Malaysia dan juga visinya untuk masa depan Malaysia.

Program akan dijalankan secara tidak formal. Maklumat lanjut berkaitan program:

Hari Isnin : Isnin
Tarikh : 2 Februari 2009
Tempat : Rumah UKEC-ALMA, 64 Jalan U Thant, Kuala Lumpur (berhampiran kedutaan US)
Waktu : 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Semua dijemput hadir. Tempat adalah terhad.

Demokrasi merupakan darah daging kita

oleh Tunku 'Abidin Muhriz

Negeri Sembilan merupakan antara simbol tertua tradisi demokratik di dunia. Rekod rasmi menyatakan bahawa Raja Melewar mula mentadbir pada tahun 1773, tapi ada yang mengatakan 1730. Sekiranya tahun 1773 sekalipun, itu masih lagi tiga tahun sebelum Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Tarikh yang tepat tidak penting dalam hal ini kerana kerajaan di Negeri Sembilan merupakan kesinambungan daripada kerajaan Minangkabau yang bermula pada abad ke-14 apabila Adityawarman memulakan dinasti tersebut.

Hijrah: Bukti Tingginya Nilai Kebebasan Dalam Islam

Oleh: Noor Amin bin Ahmad

Umat Islam tidak dapat mengelak daripada membincangkan pengalaman sirah Baginda s.a.w. dan para sahabat r.a. untuk dijadikan panduan bagi menghadapi realiti zaman moden terutama dari segi prinsip dan tindakan yang harus diambil berkaitan sesuatu peristiwa. Maka saya melihat ada pelajaran yang cukup besar dari peristiwa Hijrah ini.

Tentang asas moral

oleh 'Abidin Muhriz

Terdapat banyak alasan untuk tidak mengamalkan yoga. Ianya meletihkan dan menuntut banyak kesabaran. Manfaat kesihatan serta keseronokan pula amat sedikit berbanding dengan apa yang dapat diperoleh dengan bermain skuasy selama sejam. Namun begitu, kemarahan pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam akibat fatwa pengharaman yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hampir-hampir membuatkan saya menulis artikel ini khas untuk membincangkan fatwa tersebut serta respon-respon yang berkaitan dengannya. Tetapi mujur Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sekali lagi bertitah dengan bijak untuk menenangkan rakyat. Perdana Menteri juga telah menjelaskan bahawasanya yoga bukanlah diharamkan secara mutlak.

Tahun yang hebat untuk demokrasi

oleh ‘Abidin Muhriz

2008 mungkin tahun yang buruk untuk kapitalisme. Tetapi ia akan dikenang sebagai tahun yang hebat untuk demokrasi. Terdapat tiga pilihan raya yang mengujakan. Pertama, Pilihan Raya Umum Malaysia pada 8 Mac, kedua Pilihan Raya Datuk Bandar London pada 1 Mei dan ketiga Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 4 November. Keputusan semua pilihanraya tersebut menunjukkan betapa terdapat kemahuan yang tinggi untuk perubahan. Semuanya mencipta sejarah tersendiri dan menguatkan keyakinan saya akan kebaikan ‘peti undi’.

<!--Tiandaocn.org-->