Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Malaysia


Maaf, ianya hari yang gelap

Jika parti-parti mahu terus bertelingkah, kos yang akan dibayar oleh pembayar cukai dan demokrasi akan terus meningkat. Meskipun saya kekal menganggap punca masalah ini adalah kaedah pemilihan calon yang tidak cukup demokratik – dan telah melemahkan kesetiaan mereka - , kemuliaan institusi kita telah tercemar. Saya mengingati kata tokoh politik zaman kanak-kanak saya, rakan saya dari Ampang, mungkin kedekatan geografi di mana mereka tinggal tidak lagi menjadi alasan untuk seseorang disokong.

Penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen

19 Mei 2009

Oleh: Mior Isfandy Mior Azizan

MTT berharap tidak ada pihak cuba mempolitikkan usaha ini kerana ia melibatkan periuk nasi petani. Sekiranya ada ahli-ahli Majlis yang dilantik berdasarkan parti politik, maka Majlis tersebut mestilah mempunyai keahlian yang rentas parti, bukan daripada satu-satu parti tertentu sahaja.

Mendalami Erti Kebebasan

19 Mei 2009

Oleh Wan Hamidi Hamid (REFSA)

Mungkin ada yang akan menjuihkan bibir apabila mendengar istilah pasaran bebas tetapi sebagai orang yang faham sedikit sebanyak mengenai sosialisme dan fasisme, biarlah saya nyatakan di sini bahawa sejarah dan pengalaman kebanyakan individu telah sekian lama membuktikan bahawa penguasaan negara dalam menentukan kehidupan kita akan tetap berakhir dengan kegagalan.

Memastikan Menteri Bertanggungjawab

Cadangan untuk mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) adalah satu kemajuan yang benar-benar baik. Ia harus ditangani dan dilaksanakan dengan penuh hati-hati. Pernah tinggal di Britain semasa pentadbiran Tony Blair, saya melihat KPI punya masalahnya tersendiri: kita boleh jadi keterlaluan dalam menetapkan sasaran manakala statistiknya boleh dimanipulasikan walaupun sebenar tidak ada sebarang perubahan berlaku. Satu contoh dari UK ialah pesakit dipindahkan ke senarai menunggu dari satu hospital ke hospital yang lain untuk memuaskan KPI masa menunggu.

Sokong Pandangan Dr Asri: Bebaskan Institusi Fatwa

27 April 2009

Oleh: Wan Saiful Wan Jan

Kali pertama saya bertemu Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis, ialah pada bulan Disember 2008. Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom datang ke London untuk menyertai demonstrasi mengenai Gaza. Kebetulan telah bertemu, saya pun mengikut beliau dalam demonstrasi tersebut walaupun untuk sekejap sahaja.

Legasi Pak Lah Mentransformasi Sektor Pertanian

Oleh: Mior Isfandy Mior Azizan

20 April 2009

Diantara legasi penting Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima adalah mentransformasikan sektor pertanian negara ke satu tahap yang membanggakan rakyat Malaysia. Kegigihan dan usaha yang beliau tekankan adalah untuk mengubah persepsi rakyat terhadap sektor pertanian. Jika sebelum ini, sektor pertanian adalah kerja-kerja kampung yang dilakukan oleh petani-petani yang berusia lanjut, tetapi hari ini pertanian adalah satu perniagaan yang berdaya saing tinggi serta diusahakan oleh pelbagai lapisan umur.

Mari Terokai Keusahawanan Sosial

14 April

Wan Saiful Wan Jan

Saya berkecimpung dalam bidang keusahawanan sosial di kota London sejak kira-kita tiga tahun lalu. Kini saya menguruskan tiga projek bernilai kira-kira RM2.5 juta untuk membantu keusahawanan sosial di seluruh England mendapatkan kontrak mengendalikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, dan juga untuk memenangi kontrak daripada pihak berkuasa sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun 2012.

Palestin: Bebaskan perdagangan untuk mencapai keamanan

Wan Saiful Wan Jan
2 April 2009

Tun Mahathir memberikan dua ucapan penting di kota London minggu ini. Pada 1 April beliau berucap di Royal Commonwealth Society mengenai agenda alternatif kumpulan G20. Tetapi tujuan utama beliau datang ke kota London ialah untuk menyampaikan ucap utama dalam satu persidangan mengenai Gaza yang dianjurkan oleh Yayasan Kuala Lumpur pada 31 Mac. Tun Mahathir merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Kuala Lumpur.

Surat untuk Perdana Menteri

Kami di Malaysia Think Tank ternanti-nanti pengumuman rasmi perlantikan Perdana Menteri Malaysia yang baru. Kami memohon maaf kerana tidak dapat menamakan YAB secara langsung dalam surat terbuka ini kerana tindakan sebegitu akan melanggar kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Perlidungan pemilikan harta diperlukan bagi membasmi kemiskinan

Wan Saiful Wan Jan

19 Mac 2009: Usaha membasmi kemiskinan di Malaysia hanya akan berjaya jika kita memperkukuhkan sistem untuk melindungi pemilikan harta fizikal dan intelektual. Para pembuat dasar, terutama di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, serta pemimpin politik negara perlu memberi perhatian kepada perkara ini. Mereka perlu memastikan perlidungan pemilikan harta dijadikan elemen utama strategi pembasmian kemiskinan negara kita.

<!--Tiandaocn.org-->