Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Kebajikan
Memperbaiki sekolah dengan keusahawanan sosial
Oleh Wan Saiful Wan Jan
25 Jun 2009: Sejak kebelakangan ini ramai yang memberi pandangan bagaimana sistem pendidikan negara kita boleh diperbaiki. Tetapi saya bimbang jika semua dasar pendidikan negara hanya diputuskan oleh beberapa orang individu di Putrajaya. Seharusnya, semua ibu bapa dilibatkan dalam proses ini. Bukan setakat dalam proses awal penggubalan dasar sahaja, tetapi ibu bapa perlu terlibat setiap hari dalam usaha mempertingatkan kualiti sekolah di negara kita.
Penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen
19 Mei 2009
Oleh: Mior Isfandy Mior Azizan
MTT berharap tidak ada pihak cuba mempolitikkan usaha ini kerana ia melibatkan periuk nasi petani. Sekiranya ada ahli-ahli Majlis yang dilantik berdasarkan parti politik, maka Majlis tersebut mestilah mempunyai keahlian yang rentas parti, bukan daripada satu-satu parti tertentu sahaja.
Akademi Merdeka Januari 2009
16 – 18 January 2009
Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun
Tempat: Hotel Residence, UNITEN, Selangor
Akademi Merdeka kali kedua ini akan menganalisa secara mendalam maksud sebenar dan juga asas moral bagi kapitalisme, bagaimana globalisasi telah berjaya membawa kemakmuran kepada negara-negara membangun, dan kenapa kapitalisme pasaran bebas tetap merupakan cara terbaik untuk mara ke hadapan.
Bagaimana Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Kesihatan Keluarga
Perkhidmatan Kesihatan Keluarga di Malaysia, dengan hanya bayaran RM1, pesakit akan memperolehi perkhidmatan konsultasi, perkhidmatan ujian makmal dan juga bekalan ubatan (sehingga untuk bekalan selama tiga bulan) sekaligus. Malangnya ini semua adalah kemajuan dari segi infrakstruktur fizikal sahaja dan popular di kalangan komuniti kerana kos yang rendah. Kualiti dan keberkesanan perkhidmatan yang disediakan masih merungsingkan.
Akademi Merdeka Ogos 2008
22 – 24 AUGUST 2008.
HOTEL RESIDENCE, SELANGOR, MALAYSIA.
Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.
Malaysia adalah hak bersama
Umat Islam yang merupakan golongan minoriti di United Kingdom telah lama menyatakan bahawa segala bentuk diskriminasi, baik yang tersurat mahupun yang tersirat, mestilah dihapuskan. Ini tidak jauh bezanya dengan golongan minoriti di Malaysia. Golongan minoriti di Malaysia turut menuntut agar segala bentuk diskriminasi dihapuskan.
Reaksi terhadap tuntutan-tuntutan ini sebenarnya hampir sama. Di United Kingdom, terdapat segelintir golongan majoriti yang berkata “Jangan cabar hak ketuanan kami!”. Di Malaysia juga terdapat segelintir golongan majoriti yang berkata “Jangan cabar hak ketuanan kami!”
Fikirkan masak-masak mengenai gaji minima
Pelabur asing mungkin berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia kerana terdapat banyak negara membangun lain yang menawarkan kos buruh yang lebih rendah. Kos buruh di China dan India contohnya secara umumnya lebih rendah daripada Malaysia. Dalam situasi sebegini, sistem gaji minima boleh memberi kesan negatif kepada sesebuah syarikat, dan seterusnya kepada daya saing ekonomi negara. Industri kecil dan sederhana akan menjadi korban utama, manakala pelaburan asing pula mungkin berkurangan.
Memperbaiki sekolah melalui pilihan dan persaingan
Bayangkan satu sistem persekolahan yang mana ibu bapa tidak lagi terikat untuk menghantar anak anak ke sekolah yang paling hampir dengan rumah. Bayangkan sistem persekolahan yang melayan ibu bapa dan anak murid sebagai pelanggan yang perlu dihormati. Jika guru sesebuah sekolah tidak mengajar dengan baik, maka ibu bapa boleh memindahkan anak mereka ke sekolah lain. Jika sesebuah sekolah berulang kali gagal melahirkan pelajar yang cemerlang dalam UPSR atau PMR, maka ibubapa boleh mencari sekolah yang lebih cemerlang. Bukankah itu lebih baik?

