Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Agama


Sokong Pandangan Dr Asri: Bebaskan Institusi Fatwa

27 April 2009

Oleh: Wan Saiful Wan Jan

Kali pertama saya bertemu Dr Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis, ialah pada bulan Disember 2008. Beliau yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom datang ke London untuk menyertai demonstrasi mengenai Gaza. Kebetulan telah bertemu, saya pun mengikut beliau dalam demonstrasi tersebut walaupun untuk sekejap sahaja.

Globalisasi Memperkaya Budaya

Oleh: Noor Amin bin Ahmad
17 Mac 2009

Istilah globalisasi selama ini banyak merujuk kepada maksud dunia tanpa sempadan di mana ia dijelmakan melalui revolusi maklumat dengan kewujudan teknologi internet khususnya. Dalam banyak wacana, globalisasi sering dipersalahkan kerana ia kononnya menghakis nilai budaya masyarakat. Saya beranggapan tuduhan ini bersifat separuh masak.

Jangan teruskan agenda perkauman

oleh Wan Saiful Wan Jan
31 Januari 2009

Wan Saiful Wan JanNegara kita sedang menuju ke arah sebuah Malaysia yang baru. Terdapat suara-suara dalam Barisan Nasional mencadangkan supaya Barisan Nasional dijadikan satu parti berbilang bangsa, bukan lagi sebuah gandingan parti-parti berteraskan etnik. Parti Keadilan Rakyat pula memang sejak awal lagi merupakan sebuah parti yang tidak berteraskan bangsa atau agama. PAS telah membuka pintu kepada mereka yang bukan Muslim, dan DAP juga semakin gigih berusaha membuang imej parti Cina. Semua ini menunjukkan terdapat kemahuan untuk meninggalkan agenda perkauman dan keagamaan.

Hijrah: Bukti Tingginya Nilai Kebebasan Dalam Islam

Oleh: Noor Amin bin Ahmad

Umat Islam tidak dapat mengelak daripada membincangkan pengalaman sirah Baginda s.a.w. dan para sahabat r.a. untuk dijadikan panduan bagi menghadapi realiti zaman moden terutama dari segi prinsip dan tindakan yang harus diambil berkaitan sesuatu peristiwa. Maka saya melihat ada pelajaran yang cukup besar dari peristiwa Hijrah ini.

'Aidil Fitri dan Kebebasan Beragama di Malaysia

Sebagai muslim, saya tidak terkecuali memikirkan soal negara Islam dan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dan apa yang saya temukan ialah penolakan terhadap kezaliman adalah sama kuatnya dengan kepentingan jaminan terhadap kebebasan dan keadilan.

Menyekat totalitarianisme agama

Oleh: Mustafa Akyol

Jika kita bercakap dengan seorang Muslim tradisionalis, kita akan mendengar mengenai kepentingan mematuhi perintah Allah, perlunya kita bersyukur untuk rezeki yang kita terima, dan kenapa kita perlu mendidik anak-anak dengan akhlaq yang baik. Tetapi jika kita berbicara dengan seorang Islamis, kita akan mendengar mengenai keburukan Barat dan betapa Islam akan “menyelamatkan” manusia daripada kapitalis, imperialis, atau Zionis. Mungkin juga tidak pelik jika katakan bahawa tatkala seorang Muslim tradisional melihat idea-idea sosialis-marxis sebagai fahaman buruk yang menolak ketuhanan, golongan Islamis pula agak berminat dan ada yang menganuti idea-idea ini.

Erti libertarianisme bagi saya

Sebagai seorang Muslim, saya sering mengimbau sejarah umat Islam terdahulu dan bagaimana mereka membina tamadun yang masyhur tanpa banyak bergantung kepada sogokan kerajaan. Pada masa itu setiap manusia, baik pemerintah mahupun yang diperintah, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kerajaan pada masa itu lebih banyak berperanan dalam bidang pertahanan dan keamanan. Umat Islam pada waktu itu merupakan pedagang yang berjaya dan mereka beroperasi dalam sistem pasaran global yang bebas. Rasulullah (s.a.w.) dan isteri Baginda merupakan peniaga-peniaga yang berjaya. Ramai sahabat (r.a.) yang turut menjadi kaya raya hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka semuanya beroperasi dalam sistem pasaran dunia yang terbuka. Malahan, kerajaan pada zaman awal kegemilangan Islam tidak campurtangan dalam urusan pendidikan, kesihatan mahupun pengurusan masjid. Semuanya diuruskan sendiri oleh rakyat, biasanya melalui sistem wakaf. Hasilnya, masjid-masjid, pusat pusat pengajian, dan juga banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan awam, dapat berfungsi dengan cemerlang demi kebaikan rakyat, tanpa sebarang gangguan politik.

Islam dan kapitalisme

Teologi Islam dan sejarah hubungan Islam dengan perniagaan dan usaha mencari keuntungan sebenarnya tidak menjurus ke arah penolakan terhadap kapitalisme. Rasulullah s.a.w. sendiri merupakan seorang peniaga yang berjaya. Islam sejak awal-awal lagi meraikan perniagaan dan perdagangan. Islam sebenarnya amat serasi dengan sistem ekonomi kapitalis yang diperlengkapkan dengan nilai-nilai moral seperti menjaga kebajikan orang miskin dan mereka yang memerlukan.

Islam dan kebangkitan ekonomi

Jika kita teliti sejarah perkembangan Islam, kita pasti mengakui peranan penting yang dimainkan oleh ahli perniagaan dalam menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk bumi. Islam sampai ke Tanah Melayu melalui ahli perniagaan yang bergerak dalam pasaran bebas dunia, bukan melalui bala tentera. Malangnya, hubungan intim antara Islam dan pasaran bebas tidak begitu dihargai oleh dunia, termasuklah oleh umat Islam di Malaysia.

Malaysia adalah hak bersama

Umat Islam yang merupakan golongan minoriti di United Kingdom telah lama menyatakan bahawa segala bentuk diskriminasi, baik yang tersurat mahupun yang tersirat, mestilah dihapuskan. Ini tidak jauh bezanya dengan golongan minoriti di Malaysia. Golongan minoriti di Malaysia turut menuntut agar segala bentuk diskriminasi dihapuskan.

Reaksi terhadap tuntutan-tuntutan ini sebenarnya hampir sama. Di United Kingdom, terdapat segelintir golongan majoriti yang berkata “Jangan cabar hak ketuanan kami!”. Di Malaysia juga terdapat segelintir golongan majoriti yang berkata “Jangan cabar hak ketuanan kami!”

<!--Tiandaocn.org-->