Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Alam Sekitar


Jangan terperangkap agenda Barat

Oleh Wan Saiful Wan Jan

9/9/09: Jangan kita terperangkap dengan kata-kata manis aktivis alam sekitar yang hanya mengikut telunjuk negara-negara Barat, dan mengenepikan kepentingan pembangunan negara kita sendiri serta fakta sains mengenai perubahan iklim dunia.

Penubuhan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen

19 Mei 2009

Oleh: Mior Isfandy Mior Azizan

MTT berharap tidak ada pihak cuba mempolitikkan usaha ini kerana ia melibatkan periuk nasi petani. Sekiranya ada ahli-ahli Majlis yang dilantik berdasarkan parti politik, maka Majlis tersebut mestilah mempunyai keahlian yang rentas parti, bukan daripada satu-satu parti tertentu sahaja.

Legasi Pak Lah Mentransformasi Sektor Pertanian

Oleh: Mior Isfandy Mior Azizan

20 April 2009

Diantara legasi penting Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia Kelima adalah mentransformasikan sektor pertanian negara ke satu tahap yang membanggakan rakyat Malaysia. Kegigihan dan usaha yang beliau tekankan adalah untuk mengubah persepsi rakyat terhadap sektor pertanian. Jika sebelum ini, sektor pertanian adalah kerja-kerja kampung yang dilakukan oleh petani-petani yang berusia lanjut, tetapi hari ini pertanian adalah satu perniagaan yang berdaya saing tinggi serta diusahakan oleh pelbagai lapisan umur.

Bagaimana menghadapi krisis makanan global

oleh Douglas Southgate

Peningkatan global permintaan makanan yang dialami sekarang bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian Dunia, Jacques Diouf, berkata “Ia boleh dijangka, malahan kita telah pun menjangkanya. Masalah ini sebenarnya boleh dielak tetapi dunia gagal mengelaknya.”

Pulihkan Pengurusan Taman dan Hutan Lipur di Malaysia

Sebahagian hutan lipur kita meskipun mengenakan caj kepada pengguna, masih tidak memberikan perkhidmatan yang cukup baik. Sebahagian daripada masalah berpunca daripada ceteknya tahap kesedaran pengguna, terutama dalam isu-isu berkaitan vandalisme. Tetapi kemudahan asas seperti tandas kadang kala amat memalukan. Surau pula ada yang sudah berlumut. Ada taman rekreasi dan hutan lipur yang mempunyai sistem pengairan yang buruk. Ini belum mengambil kira wakaf tempat berteduh yang rosak, laluan bersimen dan laluan boardwalk yang pecah dan tidak dibaiki, corak bina kawasan yang tidak mesra OKU, malahan juga kemudahsampaian yang teruk. Perkhidmatan pengguna juga masih di tahap rendah atau sederhana sahaja. Ada juga tempat yang boleh dianggap berbahaya untuk pengguna.

<!--Tiandaocn.org-->