Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Hak Asasi
Chin Peng, Komunisme dan Malaysia Merdeka
Oleh: Noor Amin bin Ahmad
18 Jun 2009
Chin Peng juga harus dijamin hak untuk mengundi dan terlibat dalam proses politik sebagaimana warganegara lain dalam keterbatasannya. Kerajaan dan orang ramai tidak harus gusar kerana di sinilah kita menunjukkan perbezaan Malaysia Merdeka berbanding negara Komunis. Malaysia Merdeka tidak harus hanya dilihat pada laungan Merdeka 1957, tetapi apa pengertian sebuah negara merdeka tanpa kebebasan dan keadilan untuk warganya.
Chin Peng mesti memohon maaf
29 Mei 2009
Generasi saya sentiasa dituduh – dengan alasan yang baik – tidak memahami implikasi sejarah. Ia bukan saja dalam persoalan menafikan fakta, tetapi juga emosi membuak yang terus dirasa. Dengan peringatan berterusan kerajaan tentang Peristiwa 13 Mei, kesan besar kempen menakutkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) menyusut. Cadangan membenarkan Chin Peng pulang telah membangkitkan kemarahan keturunan mangsa dan juga tentera. Salah satu daripada surat penentangan ini bertanyakan: “Chin Peng, di mana kubur ayah saya?”. Generasi saya tidak berhak mengabaikan penderitaan mereka ini.
Satu Malaysia, Banyak Sejarah
4 Mei 2009
Oleh: Tunku ‘Abidin Muhriz
Di Malaysia sangat sukar untuk mencabar sejarah rasmi. Buku teks dan ensiklopedia menunjukkan keturunan saya tiba di Negeri Sembilan pada 1773 tetapi penman termini menunjukkan ia tidak tepat. Ia amat menyakitkan apabila saya tidak dapat meletakkan maklumat tepat di dalam teks dan saya membayangkan betapa kecewa ramai rakyat Malaysia yang mendapat maklumat dari sumber utama keturunan mereka bahawa sejarah di Malaysia telah rosak akibat kemalasan penyelidik akademik dan memenuhi kehendak politik. Jika kita benar seorang patriotik, kita harus tahu apa sebenarnya yang berlaku dan sebab itu saya selalu mengulang kalimat bahawa sejarah tidak bermula pada 31 Ogos 1957 tetapi lama sebelumnya!
Mendalami Erti Kebebasan
19 Mei 2009
Oleh Wan Hamidi Hamid (REFSA)
Mungkin ada yang akan menjuihkan bibir apabila mendengar istilah pasaran bebas tetapi sebagai orang yang faham sedikit sebanyak mengenai sosialisme dan fasisme, biarlah saya nyatakan di sini bahawa sejarah dan pengalaman kebanyakan individu telah sekian lama membuktikan bahawa penguasaan negara dalam menentukan kehidupan kita akan tetap berakhir dengan kegagalan.
Kajian Antarabangsa Pemilikan Harta: Malaysia di tempat ke-36
24 Februari 2009
Kuala Lumpur: Satu kajian antarabangsa yang dilancarkan oleh Malaysia Think Tank hari ini menunjukkan bahawa negara-negara yang melindungi hak pemilikan harta fisikal dan intelektual menikmati KDNK per kapita yang hampir sembilan kali lebih tinggi daripada negara-negara yang tidak menjaga hak pemilikan.
Jangan teruskan agenda perkauman
oleh Wan Saiful Wan Jan
31 Januari 2009
Negara kita sedang menuju ke arah sebuah Malaysia yang baru. Terdapat suara-suara dalam Barisan Nasional mencadangkan supaya Barisan Nasional dijadikan satu parti berbilang bangsa, bukan lagi sebuah gandingan parti-parti berteraskan etnik. Parti Keadilan Rakyat pula memang sejak awal lagi merupakan sebuah parti yang tidak berteraskan bangsa atau agama. PAS telah membuka pintu kepada mereka yang bukan Muslim, dan DAP juga semakin gigih berusaha membuang imej parti Cina. Semua ini menunjukkan terdapat kemahuan untuk meninggalkan agenda perkauman dan keagamaan.
Akademi Merdeka Januari 2009
16 – 18 January 2009
Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun
Tempat: Hotel Residence, UNITEN, Selangor
Akademi Merdeka kali kedua ini akan menganalisa secara mendalam maksud sebenar dan juga asas moral bagi kapitalisme, bagaimana globalisasi telah berjaya membawa kemakmuran kepada negara-negara membangun, dan kenapa kapitalisme pasaran bebas tetap merupakan cara terbaik untuk mara ke hadapan.
'Aidil Fitri dan Kebebasan Beragama di Malaysia
Sebagai muslim, saya tidak terkecuali memikirkan soal negara Islam dan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dan apa yang saya temukan ialah penolakan terhadap kezaliman adalah sama kuatnya dengan kepentingan jaminan terhadap kebebasan dan keadilan.
Menyekat totalitarianisme agama
Oleh: Mustafa Akyol
Jika kita bercakap dengan seorang Muslim tradisionalis, kita akan mendengar mengenai kepentingan mematuhi perintah Allah, perlunya kita bersyukur untuk rezeki yang kita terima, dan kenapa kita perlu mendidik anak-anak dengan akhlaq yang baik. Tetapi jika kita berbicara dengan seorang Islamis, kita akan mendengar mengenai keburukan Barat dan betapa Islam akan “menyelamatkan” manusia daripada kapitalis, imperialis, atau Zionis. Mungkin juga tidak pelik jika katakan bahawa tatkala seorang Muslim tradisional melihat idea-idea sosialis-marxis sebagai fahaman buruk yang menolak ketuhanan, golongan Islamis pula agak berminat dan ada yang menganuti idea-idea ini.
Erti libertarianisme bagi saya
Sebagai seorang Muslim, saya sering mengimbau sejarah umat Islam terdahulu dan bagaimana mereka membina tamadun yang masyhur tanpa banyak bergantung kepada sogokan kerajaan. Pada masa itu setiap manusia, baik pemerintah mahupun yang diperintah, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kerajaan pada masa itu lebih banyak berperanan dalam bidang pertahanan dan keamanan. Umat Islam pada waktu itu merupakan pedagang yang berjaya dan mereka beroperasi dalam sistem pasaran global yang bebas. Rasulullah (s.a.w.) dan isteri Baginda merupakan peniaga-peniaga yang berjaya. Ramai sahabat (r.a.) yang turut menjadi kaya raya hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka semuanya beroperasi dalam sistem pasaran dunia yang terbuka. Malahan, kerajaan pada zaman awal kegemilangan Islam tidak campurtangan dalam urusan pendidikan, kesihatan mahupun pengurusan masjid. Semuanya diuruskan sendiri oleh rakyat, biasanya melalui sistem wakaf. Hasilnya, masjid-masjid, pusat pusat pengajian, dan juga banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan awam, dapat berfungsi dengan cemerlang demi kebaikan rakyat, tanpa sebarang gangguan politik.

