Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
AKTIVITI
Akademi Merdeka 1 - 3 Mei 2009, Pulau Pinang, Malaysia
1 – 3 Mei 2009 (Jumaat – Ahad)
Tema: Kemuliaan sifat keusahawanan dan kapitalisme: Pengajaran daripada buku Atlas Shrugged oleh Ayn Rand
Tempat: Hotel Bayview, Pulau Pinang
Malaysia Think Tank kini membuka permohonan untuk menghadiri Akademi Merdeka kali ketiga. Akademi Merdeka kali ini akan mengkaji idea-idea berkaitan sifat keusahawanan dan kapitalisme yang diutarakan oleh buku Atlas Shrugged, dan meneliti aplikasinya pada masa sekarang.
Perpaduan di Malaysia
WauBebas.Org dengan kerjasama YCM akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama Tan Sri Prof. Khoo Khay Kim, ahli akademik dan juga pakar sejarah terkenal di negara ini. Beliau akan berkongsi pandangan berkaitan Perpaduan di Malaysia dan juga visinya untuk masa depan Malaysia.
Program akan dijalankan secara tidak formal. Maklumat lanjut berkaitan program:
Hari Isnin : Isnin
Tarikh : 2 Februari 2009
Tempat : Rumah UKEC-ALMA, 64 Jalan U Thant, Kuala Lumpur (berhampiran kedutaan US)
Waktu : 10 pagi hingga 12 tengah hari.
Semua dijemput hadir. Tempat adalah terhad.
Peranan Pasaran Dalam Usaha Memperkukuh Demokrasi
Tarikh: Sunday, 18 January 2009
Masa: 3.30pm to 5.30pm
Tempat: Room Titan 2, Residence Hotel, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Jalan Kajang-Puchong, 43009 Kajang, Selangor.
Adakah wujud hubungkait antara demokrasi yang sihat dengan pasaran bebas? Adakah kita memerlukan pasaran bebas dalam rangka mewujudkan sebuah negara yang benar-benar demokratik? Malaysia Think Tank menjemput anda untuk berdebat dengan pakar-pakar antarabangsa dalam hal ini. Kehadiran adalah percuma.
Akademi Merdeka Januari 2009
16 – 18 January 2009
Tema: Globalisasi, pasaran bebas dan negara membangun
Tempat: Hotel Residence, UNITEN, Selangor
Akademi Merdeka kali kedua ini akan menganalisa secara mendalam maksud sebenar dan juga asas moral bagi kapitalisme, bagaimana globalisasi telah berjaya membawa kemakmuran kepada negara-negara membangun, dan kenapa kapitalisme pasaran bebas tetap merupakan cara terbaik untuk mara ke hadapan.
Agama dan polarisasi bangsa
Sabtu, 13 Disember 2008
2:00pm - 4:00pm
Meeting Room 2, Octagon Centre, University of Sheffield, UK
Wan Saiful Wan Jan, ketua pengarah Malaysia Think Tank akan mengendalikan sesi perbincangan mengenai topik ini. Program dianjurkan oleh UKEC.
Persidangan Pelajar Antarabangsa Mengenai Kebebasan
Persidangan Pelajar Antarabangsa Mengenai Kebebasan akan diadakan di George Washington University (Washington DC), pada 20 - 22 Februari 2009. Persidangan ini merupakan acara kemuncak bagi para pelajar yang komited kepada konsep kebebasan.
Seminar Projek Pengukuhan Institusi Demokrasi
Malaysia Think Tank dan The British Malaysian Society menjemput anda ke
siri keempat Seminar Projek Pengukuhan Institusi Demokrasi
Isu yang akan dibincangkan ialah "Masih sesuaikah sistem demokrasi Westminster di Malaysia"
Program akan berlangsung pada hari Selasa, 23 September 2008 bertempat di International Policy Network, Covent Garden, London
Seminar Kedaulatan Undang-Undang
Ahad 24 Ogos 2008, 2:00-4:00 pm,
Hotel Residence, UNITEN, Bangi, Selangor
Akademi Merdeka Ogos 2008
22 – 24 AUGUST 2008.
HOTEL RESIDENCE, SELANGOR, MALAYSIA.
Anda mahukan kedaulatan undang-undang? Anda bimbang jika pasaran bebas akan melahirkan ketidakadilan sosial? Pernahkah anda terfikir apa maksud sebenar kebebasan? Adakah anda mahukan negara anda mempunyai institusi-institusi liberal demokratik yang benar-benar kukuh? Jika ya, marilah menyertai siri Akademi Merdeka untuk meneroka persoalan-persoalan ini dengan lebih mendalam.

