Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Artikel
Tahun yang hebat untuk demokrasi
oleh ‘Abidin Muhriz
2008 mungkin tahun yang buruk untuk kapitalisme. Tetapi ia akan dikenang sebagai tahun yang hebat untuk demokrasi. Terdapat tiga pilihan raya yang mengujakan. Pertama, Pilihan Raya Umum Malaysia pada 8 Mac, kedua Pilihan Raya Datuk Bandar London pada 1 Mei dan ketiga Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 4 November. Keputusan semua pilihanraya tersebut menunjukkan betapa terdapat kemahuan yang tinggi untuk perubahan. Semuanya mencipta sejarah tersendiri dan menguatkan keyakinan saya akan kebaikan ‘peti undi’.
Pulihkan Pengurusan Taman dan Hutan Lipur di Malaysia
Sebahagian hutan lipur kita meskipun mengenakan caj kepada pengguna, masih tidak memberikan perkhidmatan yang cukup baik. Sebahagian daripada masalah berpunca daripada ceteknya tahap kesedaran pengguna, terutama dalam isu-isu berkaitan vandalisme. Tetapi kemudahan asas seperti tandas kadang kala amat memalukan. Surau pula ada yang sudah berlumut. Ada taman rekreasi dan hutan lipur yang mempunyai sistem pengairan yang buruk. Ini belum mengambil kira wakaf tempat berteduh yang rosak, laluan bersimen dan laluan boardwalk yang pecah dan tidak dibaiki, corak bina kawasan yang tidak mesra OKU, malahan juga kemudahsampaian yang teruk. Perkhidmatan pengguna juga masih di tahap rendah atau sederhana sahaja. Ada juga tempat yang boleh dianggap berbahaya untuk pengguna.
Indonesia boleh menghalang pandemik flu burung
Menteri-menteri kesihatan sedunia bersidang pada 24-26 Oktober 2008 di Mesir untuk membincangkan bagaimana menangani flu burung (bird flu). Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa ancaman pandemik global flu burung semakin tinggi dan vaksin untuk penyakit ini diperlukan segera. Biasanya penghasilan vaksin dihadkan oleh keupayaan teknologi. Tetapi kali ini penghalang utama penghasilan vaksin flu burung ialah permainan politik pemerintah Indonesia yang tidak mahu berkongsi bahan yang boleh membantu vaksin tersebut dihasilkan.
Bagaimana Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Kesihatan Keluarga
Perkhidmatan Kesihatan Keluarga di Malaysia, dengan hanya bayaran RM1, pesakit akan memperolehi perkhidmatan konsultasi, perkhidmatan ujian makmal dan juga bekalan ubatan (sehingga untuk bekalan selama tiga bulan) sekaligus. Malangnya ini semua adalah kemajuan dari segi infrakstruktur fizikal sahaja dan popular di kalangan komuniti kerana kos yang rendah. Kualiti dan keberkesanan perkhidmatan yang disediakan masih merungsingkan.
Jangan Bailout Syarikat Bermasalah
Alternatif terbaik berbanding bantuan pemulihan ialah membiarkan institusi kewangan bermasalah ini diisytiharkan bankrap. Pengisytiharan bankrap beerti pemilik saham dikeluarkan dan pemiutang memiliki syarikat tersebut. Pengisytiharan bankrap tidak beerti syarikat tersebut ditutup, ia hanya dipindah milik (sebagaimana berlaku kepada sesetengah syarikat penerbangan). Pengisytiharan bankrap menghukum mereka yang mengambil risiko melampau sambil mengekalkan aspek perniagaan untuk mencipta keuntungan.
Krisis ekonomi adalah akibat peraturan yang buruk, bukan kapitalisme
Oleh Dr Eamonn Butler
Selama hampir sepuluh tahun semua pihak berpesta meraikan pertumbuhan ekonomi dunia. Tetapi pertumbuhan ekonomi tersebut sebenarnya dibiayai oleh ‘wang palsu’ yang dicetak oleh kerajaan semata-mata untuk menjana pesta pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Apabila pesta tersebut sampai ke penghujung, maka lahirlah kesan yang kita alami sekarang.
Krisis sub-prima merupakan kejayaan kapitalisme
Oleh Wan Saiful Wan Jan
Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman krisis ekonomi yang hebat. Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi. Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme. Mereka sebenarnya tersilap.
'Aidil Fitri dan Kebebasan Beragama di Malaysia
Sebagai muslim, saya tidak terkecuali memikirkan soal negara Islam dan peristiwa hijrah Nabi s.a.w. dan apa yang saya temukan ialah penolakan terhadap kezaliman adalah sama kuatnya dengan kepentingan jaminan terhadap kebebasan dan keadilan.
Agong atau parlimen?
Oleh: Professor Abdul Aziz Bari
Terdapat negara-negara demokrasi yang stabil di Eropah yang turut mengamalkan sistem monarki seperti kita. Di luar Eropah pula, telah terdapat Raja yang secara aktif membantu lahirnya demokrasi di negara mereka. Inilah yang berlaku di Sepanyol, Thailand dan juga sedikit sebanyak di Jordan. Adakah Raja-Raja kita juga mahu turut sama seperti Raja-Raja di negara-negara itu?
Menyekat totalitarianisme agama
Oleh: Mustafa Akyol
Jika kita bercakap dengan seorang Muslim tradisionalis, kita akan mendengar mengenai kepentingan mematuhi perintah Allah, perlunya kita bersyukur untuk rezeki yang kita terima, dan kenapa kita perlu mendidik anak-anak dengan akhlaq yang baik. Tetapi jika kita berbicara dengan seorang Islamis, kita akan mendengar mengenai keburukan Barat dan betapa Islam akan “menyelamatkan” manusia daripada kapitalis, imperialis, atau Zionis. Mungkin juga tidak pelik jika katakan bahawa tatkala seorang Muslim tradisional melihat idea-idea sosialis-marxis sebagai fahaman buruk yang menolak ketuhanan, golongan Islamis pula agak berminat dan ada yang menganuti idea-idea ini.

