Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Wan Saiful Wan Jan
Perlidungan pemilikan harta diperlukan bagi membasmi kemiskinan
Wan Saiful Wan Jan
19 Mac 2009: Usaha membasmi kemiskinan di Malaysia hanya akan berjaya jika kita memperkukuhkan sistem untuk melindungi pemilikan harta fizikal dan intelektual. Para pembuat dasar, terutama di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, serta pemimpin politik negara perlu memberi perhatian kepada perkara ini. Mereka perlu memastikan perlidungan pemilikan harta dijadikan elemen utama strategi pembasmian kemiskinan negara kita.
Hayati semangat ASEAN dalam menghadapi krisis ekonomi.
Oleh: Wan Fadzrul Wan Bahrum dan Wan Saiful Wan Jan
2 Mac 2009: Persidangan ASEAN ke-14 di Thailand yang baru tamat pada 1 Mac lalu sepakat memutuskan bahawa negara-negara ASEAN perlu memastikan pengaliran bebas barangan, perkhidmatan dan tenaga manusia di rantau ini. Para pemimpin ASEAN menyatakan komitmen mereka menentang perlindungan dan sekatan perdagangan, serta mengurangkan campurtangan kerajaan dalam sistem pasaran. Sistem pasaran yang lebih liberal akan diperkukuhkan sebagai teras pembangunan ekonomi serantau.
Perak: akan hilangkah peluang keemasan?
oleh Wan Saiful Wan Jan
5 Februari 2009: Apa yang berlaku di Perak merupakan petanda awal bahawa peluang keemasan untuk memperkukuh dan memperkasa institusi pembangkang mungkin akan hilang. Apa tidaknya. Semua ahli politik hanya memikirkan bagaimana untuk berkuasa, tanpa mahu menjadi pembangkang yang efektif. Bagi Barisan Nasional, pertukaran kerajaan negeri Perak ialah kemuncak kegagalan mereka untuk mencipta budaya pembangkang yang sihat.
Jangan teruskan agenda perkauman
oleh Wan Saiful Wan Jan
31 Januari 2009
Negara kita sedang menuju ke arah sebuah Malaysia yang baru. Terdapat suara-suara dalam Barisan Nasional mencadangkan supaya Barisan Nasional dijadikan satu parti berbilang bangsa, bukan lagi sebuah gandingan parti-parti berteraskan etnik. Parti Keadilan Rakyat pula memang sejak awal lagi merupakan sebuah parti yang tidak berteraskan bangsa atau agama. PAS telah membuka pintu kepada mereka yang bukan Muslim, dan DAP juga semakin gigih berusaha membuang imej parti Cina. Semua ini menunjukkan terdapat kemahuan untuk meninggalkan agenda perkauman dan keagamaan.
Krisis sub-prima merupakan kejayaan kapitalisme
Oleh Wan Saiful Wan Jan
Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman krisis ekonomi yang hebat. Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi. Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme. Mereka sebenarnya tersilap.
Erti libertarianisme bagi saya
Sebagai seorang Muslim, saya sering mengimbau sejarah umat Islam terdahulu dan bagaimana mereka membina tamadun yang masyhur tanpa banyak bergantung kepada sogokan kerajaan. Pada masa itu setiap manusia, baik pemerintah mahupun yang diperintah, tertakluk kepada undang-undang yang sama. Setiap Muslim bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing. Kerajaan pada masa itu lebih banyak berperanan dalam bidang pertahanan dan keamanan. Umat Islam pada waktu itu merupakan pedagang yang berjaya dan mereka beroperasi dalam sistem pasaran global yang bebas. Rasulullah (s.a.w.) dan isteri Baginda merupakan peniaga-peniaga yang berjaya. Ramai sahabat (r.a.) yang turut menjadi kaya raya hasil titik peluh mereka sendiri. Mereka semuanya beroperasi dalam sistem pasaran dunia yang terbuka. Malahan, kerajaan pada zaman awal kegemilangan Islam tidak campurtangan dalam urusan pendidikan, kesihatan mahupun pengurusan masjid. Semuanya diuruskan sendiri oleh rakyat, biasanya melalui sistem wakaf. Hasilnya, masjid-masjid, pusat pusat pengajian, dan juga banyak lagi perkhidmatan-perkhidmatan awam, dapat berfungsi dengan cemerlang demi kebaikan rakyat, tanpa sebarang gangguan politik.
Islam dan kebangkitan ekonomi
Jika kita teliti sejarah perkembangan Islam, kita pasti mengakui peranan penting yang dimainkan oleh ahli perniagaan dalam menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk bumi. Islam sampai ke Tanah Melayu melalui ahli perniagaan yang bergerak dalam pasaran bebas dunia, bukan melalui bala tentera. Malangnya, hubungan intim antara Islam dan pasaran bebas tidak begitu dihargai oleh dunia, termasuklah oleh umat Islam di Malaysia.
Abdullah Badawi – Bapa Pendemokrasian Malaysia?
Walau apa jua kritikan yang dilontarkan terhadap Datuk Seri Abdullah, 'kesan sampingan' daripada gaya pentadbiran beliau tetap merupakan perkembangan awal yang baik untuk demokrasi liberal di Malaysia. Pilihanraya 2008 telah membuka ruang yang amat luas dalam rangka memperkukuh sistem demokrasi berparlimen, sistem federalisme dan pengamalan demokrasi dalam parti, terutama untuk UMNO dan parti-parti komponen Barisan Nasional. Ironisnya, sumbangan tersebut mungkin terlahir secara tidak sengaja.
Malaysia adalah hak bersama
Umat Islam yang merupakan golongan minoriti di United Kingdom telah lama menyatakan bahawa segala bentuk diskriminasi, baik yang tersurat mahupun yang tersirat, mestilah dihapuskan. Ini tidak jauh bezanya dengan golongan minoriti di Malaysia. Golongan minoriti di Malaysia turut menuntut agar segala bentuk diskriminasi dihapuskan.
Reaksi terhadap tuntutan-tuntutan ini sebenarnya hampir sama. Di United Kingdom, terdapat segelintir golongan majoriti yang berkata “Jangan cabar hak ketuanan kami!”. Di Malaysia juga terdapat segelintir golongan majoriti yang berkata “Jangan cabar hak ketuanan kami!”
Fikirkan masak-masak mengenai gaji minima
Pelabur asing mungkin berfikir dua kali untuk melabur di Malaysia kerana terdapat banyak negara membangun lain yang menawarkan kos buruh yang lebih rendah. Kos buruh di China dan India contohnya secara umumnya lebih rendah daripada Malaysia. Dalam situasi sebegini, sistem gaji minima boleh memberi kesan negatif kepada sesebuah syarikat, dan seterusnya kepada daya saing ekonomi negara. Industri kecil dan sederhana akan menjadi korban utama, manakala pelaburan asing pula mungkin berkurangan.

