Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.

Akademi Merdeka 1 - 3 Mei 2009, Pulau Pinang, Malaysia


1 – 3 Mei 2009 (Jumaat – Ahad)
Tema: Kemuliaan sifat keusahawanan dan kapitalisme: Pengajaran daripada buku Atlas Shrugged oleh Ayn Rand
Tempat: Hotel Bayview, Pulau Pinang (laman web: http://www.bayviewhotels.com/georgetown/)

 

Mengenai Akademi Merdeka Mei 2009

Ayn Rand bukan satu nama yang biasa kita dengar di Malaysia. Apatah lagi buku ulung karangan beliau bertajuk Atlas Shrugged. Tetapi satu kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Kongres Amerika meletakkan Atlas Shrugged sebagai buku yang kedua paling berpengaruh di Amerika, selepas Kitab Injil.

Majalah antarabangsa Economist baru-baru ini mengatakan bahawa pada pertengahan Januari 2009, lebih banyak naskah Atlas Shrugged dijual berbanding buku Audacity of Hope tulisan Barrack Obama.

Atlas Shrugged merupakan sebuah magnum opus tulisan Ayn Rand. Diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1957, ia menggambarkan apa yang berlaku di Amerika Syarikat tatkala ekonomi negara tersebut runtuh. Ia menceritakan mengenai tindakan-tindakan kerajaan dalam mengawal ekonomi negara, dan kesan tindakan tersebut kepada rakyat. Ia juga menceritakan mengenai bagaimana satu kumpulan rakyat yang bersungguh mahu berdikari berjaya merobah nasib negara melalui sifat keusahawanan mereka.

Ini merupakan kali ketiga Malaysia Think Tank menganjurkan Akademi Merdeka. Kali ini Akademi Merdeka akan mengkaji idea-idea berkaitan sifat keusahawanan dan kapitalisme yang diutarakan oleh buku Atlas Shrugged, dan meneliti aplikasinya pada masa sekarang.

Akademi Merdeka kali ini ditaja oleh BB&T, dan disokong oleh Freidrich Naumann Foundation, Atlas Economic Research Foundation dan Atlas Global Initiatives for Free Trade, Peace and Prosperity.
 

Siapa yang patut menghadiri?

Kami mengalu-alukan mereka yang bersimpati dengan idea-idea liberalisme klasik dan libertarian, atau mereka yang ingin tahu lebih lanjut.

Akademi Merdeka merupakan satu program unik yang akan mencabar minda dan membina daya intelektual anda. Nikmati juga peluang untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berkongsi idealisme anda.

Klik di sini untuk borang permohonan

 

Kandungan program

Dalam Akademi Merdeka kali ini, tokoh-tokoh pemikir antarabangsa akan memimpin perbincangan yang berteraskan idea-idea dalam Atlas Shrugged termasuklah mengenai:

  • Maksud dan asas-asas moral kapitalisme dan pasaran bebas
  • Kenapa keusahawanan adalah satu sifat mulia
  • Peranan kerajaan
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi penciptaan kekayaan
  • Adakah kapitalisme pasaran bebas menggugat agama dan identiti

Akademi Merdeka akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.

 

Biasiswa

Malaysia Think Tank menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan. Kami tidak membiayai kos pengangkutan.

 

Yuran penyertaan dan kos penginapan

Semua peserta akan dibekalkan senaskah buku Atlas Shrugged

Sebelum 13 April 2009

RM285 (atau RM195 untuk ahli Kelab Wau Bebas, i.e. alumni Akademi Merdeka) - termasuk makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di Hotel Bayview (berkongsi bilik twin).

RM185 (atau RM125 untuk ahli kelab Wau Bebas) – tanpa penginapan

Selepas 13 April 2009

RM370.00 (atau RM295 untuk ahli Kelab Wau Bebas)– termasuk makanan bermula Jumaat malam sehingga tengah hari Ahad, ceramah, buku, fail delegasi, dan juga penginapan di Hotel Bayview (berkongsi bilik twin).

RM270.00 (atau RM185 untuk ahli Kelab Wau Bebas) – tanpa penginapan

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Noor Amin bin Ahmad melalui email amin@malaysiathinktank.org

Klik di sini untuk borang permohonan

Maklumat lanjut

 

Pensyarah

Dr Tom G Palmer ialah felo kanan di Cato Institute dan pengarah Cato University. Beliau juga merupakan timbalan presiden program antarabangsa di Atlas Economic Research Foundation dan pengarah umum Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity, satu program antarabangsa yang beroperasi dalam 13 bahasa. Hasil penulisan beliau, terutamanya dalam bidang politik dan asas moral, banyak diterbitkan dalam jurnal keilmuan seperti Harvard Journal of Law and Public Policy, Ethics, can Critical Review. Beliau juga ada menulis dalam Wall Street Journal, Slate, New York Times, dan Washington Post. Beliau menerima ijazah kedoktoran dalam bidang politik daripada Oxford University.

Dr Doug Den Uyl ialah Timbalan Presiden bagi Program Pendidikan di Liberty Fund Inc, Amerika Syarikat. Beliau mendapat ijazah sarjana muda daripada KAlamazo College pada tahun 1972, dan kemudian ijazah sarjana dalam bidang sains politik daripada University of Chicago pada tahun 1974. Seterusnya beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang falsafah daripada Marquette University pada tahun 1979. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Profesor Falsafah di Bellarmine University .

Mustafa Akyol ialah seorang penulis dan kolumnis berbangsa Turki dari Istanbul. Beliau mendapat pendidikan daripada Nisantasi British High School di Istanbul dan kemudiannya Jabatan Hubungan Antarabangsa Universti Bosphorus. Tesis sarjana beliau ialah mengenai isu kaum Kurdish. Beliau banyak memberikan ucapan mengenai Islam dan moderniti dalam persidangan-persidangan di Amerika dan Britain. Sejak tahun 2002, beliau bertugas sebagai kolumnis dan editor di beberapa akhbar Tukri. Kini beliau merupakan editor akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Turki iaitu Turkish Daily News. Beliau sedang menyiapkan sebuah buku mengenai masa depan Islam dan dunia Islam.

Klik di sini untuk borang permohonan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Noor Amin bin Ahmad melalui email amin@malaysiathinktank.org

 

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar:

<!--Tiandaocn.org-->