Individu merdeka. Pasaran bebas.
Kerajaan terhad. Kedaulatan undang-undang.
Ramah Mesra Bersama Lembaga Penasihat MTT
24 Januari 2009
Malaysia Think Tank mengadakan satu pertemuan ramah mesra untuk ahli Lembaga Penasihat dengan para pegawai pada 23 Januari 2009 di Carcosa Seri Negara. Dalam majlis tersebut, satu taklimat ringkas telah diadakan mengenai pencapaian Malaysia Think Tank setakat ini dan juga perancangan masa hadapan.
Ahli Lembaga Penasihat yang hadir ialah YBhg Datuk Seri Azman Ujang, YBhg Dato' Dr Michael Yeoh, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, YB Dato' Kamaruddin Jaffar, dan YB Yusmadi Yusuff .
Dr Mahani Zainal Abidin, Ketua Pengarah Institute of Strategic and International Studies (ISIS) juga turut hadir sebagai tetamu.
Semua pegawai Malaysia Think Tank – Wan Saiful Wan Jan, YAM Tunku 'Abidin Tuanku Muhriz, Wan Mohd Firdaus Wan Mohd Fuaad, Noor Amin Ahmad dan Wan Fadzrul Wan Bahrum – sama-sama beramah mesra dengan ahli Lembaga Penasihat dan tetamu.
![]() |
| Wan Mohd Firdaus memberi penerangan mengenai perkembangan MTT |
![]() |
| YAM Tunku 'Abidin dan YB Datuk Nur Jazlan |
![]() |
| Datuk Seri Azman, Wan Fadzrul dan Dr Mahani |




